Muhamad Tarmymy Bin Che Ani, Farah Izah Binti Abu Hassan, Muhammad Rezuan Bin Abu Samah, Mohd Hairis Bin Mohd Haider, Md Razif Bin Mohamad, Firdaus Bin Mat Said, Mohd Safuan Bin Abdul Majid, Azami Bin Kassim and Cik Wan Nur’Aini Binti Wan Abdul Halim
Kata Kunci: Dwi sistem perparitan, OSD ’SMART DRAIN’
Abstrak: Tujuan penciptaan ini direalisasikan bagi mengatasi masalah banjir kilat yang sering terjadi adalah disebabkan sistem perparitan yang kurang efisyen di kawasan perumahan yang berkepadatan tinggi. Punca-punca banjir kilat adalah disebabkan oleh beberapa faktor yang dikenalpasti iaitu sampah sarap, longkang yang telah rosak, saiz longkang yang tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan, taburan hujan yang tinggi di kawasan tersebut, dan juga pembangunan baru yang pesat bersebelahan kawasan pembangunan sediada. Selain itu, longkang yang sedia ada di kawasan tersebut tidak lagi mampu menampung kapasiti air larian permukaan dan masalah penggunaan tanah dikawasan bandar yang pesat oleh era pembangunan yang moden. Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) yang telah disediakan oleh Jabatan Pengairan & Saliran (JPS) tidak dipatuhi disebabkan pembangunan dikawasan tersebut adalah mengikut garis panduan yang lama, oleh hal yang demikian air larian permukaan di salir terus ke sungai berdekatan. Bagi mengatasi masalah banjir kilat di kawasan perbandaran dan berkepadatan penduduk dan pertumbuhan pembangunan yang pesat kumpulan MCRC, Majlis Perbandaran Kulim Kedah telah berjaya merekabentuk ‘Dwi Sistem Perparitan’ dimana fungsinya dapat mengalirkan saliran air dan pada masa yang sama juga dapat menyimpan air serta mengawal kadar aliran air dengan mengambil kira dan mematuhi konsep OSD (On Site Storm Water Ditention) serta mesra alam dengan mengurangkan kadar keluasan penyediaan kolam tadahan dan penjimatan guna tanah. Dengan adanya inovasi baharu sistem perparitan dwi sistem yang dinamakan ‘smart drain’ telah dapat membantu menyelesaikan masalah banjir kilat tanpa melibatkan tambahan kos terhadap guna tanah.