PELAKSANAAN SISTEM PEMANTAUAN KEMAJUAN PRESTASI PELAJAR

 

Manisah Mohd Shah, Haliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel, Hilezan Zainal and Mahamsiatus Kamaruddin

Kata kunci: Pengakreditasian, pemantauan akademik, PISMP

Abstrak: Kajian ini tertumpu kepada pelaksanaan sistem pemantauan kemajuan prestasi akademik pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik (IPGKPT). Sistem ini dibangunkan bagi memenuhi
keperluan pengakreditasian oleh Malaysian Quality Accrediation (MQA), yang menekankan penambahbaikan kualiti berterusan (CQI). Usaha pemantauan prestasi pelajar penting untuk mengetahui kualiti akademik program institut yang dijalankan. Kajian ini dilakukan melalui kaedah kajian keperpustakaan termasuk mengumpul maklum balas daripada pihak ‘stake holder’ IPGKPT berkaitan keperluan pemantauan kemajuan prestasi pelajar. Kajian ini berfokus kepada aspek kebolehcapaian maklumat kemajuan akademik pelajar secara cepat, mengenal pasti trenda keputusan peperiksaan individu mengikut semester dan pengurusan pemantauan prestasi akademik pelajar secara sistematik. Hasil dapatan kajian menunjukkan pembangunan sistem yang dibangunkan ini telah dapat memenuhi keperluan pemantauan prestasi akademik pelajar melalui peningkatan kecekapan pentadbiran institut. Ini adalah kerana kemajuan prestasi akademik pelajar telah dapat dikesan seawal semester pertama pelajar memulakan pengajian sehingga ke semester akhir pengajian. Dengan demikian pihak ‘stake holder’ dapat memantau perkembangan prestasi pelajar dengan lebih berkesan dengan mengambil tindakan selanjutnya untuk membantu peningkatan prestasi akademik pelajar.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *