RAM SEBAGAI SATAH CONDONG YANG DIUBAHSUAI DARIPADA TANGGA

Muhammad Aniq Danial Bin Mahamad Faizal dan Ahmad Aqil Hakimi Bin Roslan

Abstrak: A Ramp As An Inclined Plane Derived From A Ladder“ atau secara ringkasnya Tangga Serbaguna (Multifunction Ladder). Tangga besi yang diubahsuai menjadi dwifungsi sebagai ram merupakan hasil inovasi dalam reka bentuk dan kaedah penggunaannya. Idea ini telah tercetus semasa menjelang hari sukan sekolah, di mana terdapat banyak kekangan yang dihadapi oleh guru dan murid, terutamanya dalam menyediakan peralatan untuk pelaksanaan pada Hari Sukan. Sekolah Kebangsaan Binjal merupakan sekolah luar bandar yang tidak mempunyai padang. Walaubagaimanapun, acara sukan yang merupakan acara wajib setiap sekolah perlu diadakan setiap tahun menyebabkan sambutan hari sukan sekolah terpaksa diadakan di padang di padang yang lain yang agak jauh dari sekolah. Oleh kerana perlu membawa peralatan yang diperlukan untuk hari sukan dari sekolah ke tempat lain, ianya telah menimbulkan masalah dari segi membawa peralatan tersebut kerana kesukaran dalam kerja-kerja memuat dan memunggah dari kawasan sekolah ke padang kerana memerlukan tenaga kerja dan masa yang lebih. Inilah matlamat utama mengapa kami menghasilkan produk ini. Oleh yang demikian, produk ini telah terbukti merupakan satu-satunya tangga yang boleh digunakan sebagai ramp untuk membantu kami membawa beban dengan lebih mudah, kurang tenaga kerja yang diperlukan dan lebih cepat berbanding cara biasa tanpa menggunakan ramp. Berdasarkan kajian itu, didapati bahawa penggunaan tangga serbaguna ini terbukti dapat mengurangkan masa untuk memuat dan memunggah peralatan dari 2 jam menjadi 1 jam sehari pada bulan Julai 2017. Kesimpulannya, alat ini memudahkan untuk kakitangan untuk menjalankan kerja dengan lebih lancar dan cepat. Alat ini yang mudah digunakan, mesra pengguna dan ergonomik telah membantu melancarkan proses memuat dan memunggah barang. Proses ini lebih lancar, lebih mempercepatkan masa untuk membuat kerja dan mengelakkan pembaziran tenaga kerja dimana lebih ramai pekerja dapat menyelesaikan tugas lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *