KEBERKESANAN E-PENGKALIAN BAGI MENGATASI MASALAH LEMAH OPERASI DARAB DALAM KALANGAN PELAJAR PERINGKAT AWAL PERSEKOLAHAN

Maheran Zakaria, Nor Haryanti Md Nor, Siti Maziah Abdul Rahman dan Noreen Azella Nawi

Kata kunci: e-pengkalian, operasi darab, lemah, matematik

Abstrak: Kajian tindakan ini dijalankan untuk menilai keberkesanan “E-Pengkalian”. E-Pengkalian dicipta untuk membantu pelajar yang lemah sifir agar dapat menguasainya dengan cara yang lebih mudah dan berkesan. “E-Pengkalian” dibangunkan dengan gabungan dua aplikasi iaitu video scribe dan powtooon. Melalui video, muzik dan kartun, “E-Pengkalian” dapat menarik minat dan mempercepatkan pelajar mahir sifir dalam masa yang singkat berbanding dengan teknik konvensional. Teknik ini diperkenalkan bagi mengatasi masalah pelajar lemah matematik asas iaitu operasi darab.   Sehubungan dengan itu, kajian ke atas 30 orang pelajar tahun 4 penghuni Rumah Kebajikan Anak Yatim Dan Dhuafa Siti Aminah, Kelantan telah dijalankan untuk menilai skor bagi operasi darab dan minat mereka terhadap matematik dan operasi darab pada pra dan pasca E-Pengkalian. Data diperolehi melalui skor operasi darab bagi ujian Pra dan Pasca iaitu sebelum dan selepas pengajaran dan pembelajaran E-Pengkalian. Penemuan menunjukkan pelajar mendapat skor yang lebih tinggi bagi ujian Pasca berbanding ujian Pra E-Pengkalian bagi sifir 4, 5, 6, 7, 8 dan 9. Namun begitu, untuk sifir 1, 2 dan 3, skor ujian pasca adalah lebih rendah berbanding ujian pra dengan perbezaan yang amat kecil. Pelajar mendapat skor yang lebih tinggi pada Pasca berbanding Pra E-Pengkalian untuk minat terhadap matematik dan operasi darab. Kajian ini memberi implikasi kepada pelajar, ibu bapa, guru dan kementerian Pelajaran di mana untuk memupuk minat pelajar dalam matematik dan operasi darab; “E-PEngkalian” perlu dijadikan teknik dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ironinya, teknik ini diharap dapat melahirkan pelajar bijak matematik seiring dengan aspirasi negara untuk melahirkan modal ihsan yang cemerlang bukan sahaja di peringkat awal persekolahan malah terbilang di peringkat negara juga di persada antara bangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *