ACKIT: EASY AND CONVENIENT

Azlina Mohd Mydin, Wan Anisha Wan Mohammad, Rafizah Kechil, Zuraira Libasin dan Siti Nurleena Abu Mansor

Kata kunci: AcKit, beg aksesori, trend, ruang penyimpanan,beg 

Abstrak: AcKiT merupakan beg aksesori yang dapat menyelesaikan banyak masalah penyimpanan barang bagi mereka yang bekerjaya. Penggunaan beg aksesori dikalangan lelaki dan wanita masa kini sudah menjadi trend. Walau bagaimanapun, kebanyakan beg aksesori yang ada di pasaran hanya memfokuskan sama ada kepada pengguna lelaki atau wanita sahaja. Oleh sebab itu, kami telah mencipta beg aksesori AcKiT yang boleh digunakan oleh lelaki dan wanita. Beg ini boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan mengikut keperluan. AcKiT juga dilengkapi dengan ruang penyimpanan kerongsang dan ‘power bank’ yang menjadikan ianya unik berbanding dengan beg yang ada di pasaran. Pemilik beg pastinya akan lebih gembira jika menggunakan beg ini kerana barang-barang mereka tersusun kemas dan mudah diambil. Penggunaan beg ini juga dapat menjimatkan ruang dan masa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *