Rafizah Kechil, Zuraira Libasin, Wan Anisha Wan Mohammad dan Azlina Mohd Mydin
Kata kunci: Beg, bersalin, ruang khas, tersusun, mudah.
Abstrak: Pembangunan dan kepesatan ekonomi hari ini menyebabkan sumbangan wanita amat diperlukan dalam pelbagai bidang. Kesibukan dalam dunia kerjaya tidak menghalang wanita-wanita hebat ini untuk bergelar seorang ibu. Namun bergitu, disebabkan kekangan masa kerana sibuk dengan tugasan kerja serta kurang pengetahuan bagi wanita yang pertama kali bergelar ibu ramai antara mereka tidak dapat menyediakan kelengkapan yang lengkap ketika di bilik bersalin. Malahan, kajian berkenaan penggunaan alat bantuan kepada wanita mengandung dan persediaan mereka untuk melalui proses melahirkan kurang dijalankan. Bagi mengatasi masalah ini, kami telah mencipta beg “MuMKiT” yang mempunyai ruang khas untuk mengisi barang secara tersusun dan mudah digunakan. Bagi menambah nilai lagi, “MuMKiT” dilengkapi barang-barang keperluan ibu untuk digunakan semasa di bilik bersalin, sama ada sebelum atau selepas proses melahirkan. “MuMKiT” juga dilengkapi barang-barang asas bayi. “MuMKiT” boleh digunakan oleh para ibu untuk dibawa ke klinik atau ke taska. Malahan cantik dan selesa untuk digunakan semasa bersiar-siar bersama bayi. Dengan adanya “MuMKiT” ini, wanita-wanita yang akan bergelar ibu akan lebih tenang serta yakin untuk melalui hari bersejarah mereka.