INDIKATOR KEMAHIRAN LITERASI AWAL (IKLA) BAGI KANAK-KANAK BERUMUR 3+ HINGGA 4+ TAHUN

Juppri Bacotang, Zainiah Mohamed Isa, Mazlina Che Mustafa

Kata Kunci: kemahiran literasi awal, awal kanak-kanak, penilaian autentik, Model ADDIE

Abstrak: Indikator Kemahiran Literasi Awal (IKLA) digunakan untuk menilai kemahiran literasi awal kanak-kanak berumur 3+ hingga 4+ tahun yang merangkumi lima komponen, iaitu bahasa dan komunikasi, kesedaran cetakan, kesedaran fonologi, kefahaman naratif, dan tulisan awal. Pembangunan IKLA adalah berasaskan reka bentuk pembangunan Model ADDIE-IKLA yang terdiri  daripada lima peringkat, iaitu Analisis, Reka Bentuk, Pembangunan, Pelaksanaan, dan Penilaian. Penggunaan IKLA terhadap kanak-kanak menekankan lima prinsip utama, iaitu autentik, bersepadu, standard, individu, dan interaktif. Antara media yang digunakan dalam IKLA adalah seperti buku panduan, buku cerita “Ta Ta Rumah”, simbol tandas, alat tulis, lembaran aktiviti, Borang Catatan Skor Kanak-kanak, dan Microsoft Excel IKLA. IKLA telah memenuhi kriteria psikometrik dengan baik dalam aspek indeks kesukaran, indeks diskriminasi, kesahan, dan kebolehpercayaan. Kesimpulannya, IKLA telah dibangunkan secara sistematik dan empirikal supaya dapat menilai kemahiran literasi awal bagi kanak-kanak berumur 3+ hingga 4+ tahun dengan menyeluruh dan tepat. IKLA boleh digunakan oleh pendidik di taska dan di tadika sebagai alat ujian saringan awal untuk mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran literasi awal kanak-kanak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *