KELUARGA ‘U’ DAN ‘N’ AJAIB

Nor Shahida Saroni dan Muhammad Faiz bin Alias

Kata kunci: prasekolah, pemulihan, diagnostik, cantuman, komponen, kemahiran

Abstrak: Kemahiran mengenal huruf merupakan satu kemahiran bahasa yang perlu dipelajari dan dikuasai oleh murid dan khususnya murid Prasekolah serta murid Pemulihan Khas dalam mempelajari bahasa. Murid-murid pemulihan Tahun 2 Bestari, SK Titi Tinggi, Perlis menghadapi masalah dalam kemahiran mengenal huruf kecil. Inovasi yang dilaksanakan ini adalah bagi menangani masalah mengecam dan mengenal huruf-huruf kecil. Fokus utama inovasi ini adalah untuk meningkatkan kemahiran mengenal huruf d, y, g, a, q, b, p dan h dan kemahiran membezakan huruf seakan sama b dan d serta p dan q. Bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, satu tinjauan awal   telah   dilaksanakan dalam bentuk ujian diagnostik, temu bual dan pemerhatian. Justeru   itu, inovasi Keluarga u dan n Ajaib telah dicipta dan dilaksanakan sebagai tindakan. Inovasi ini adalah inovasi daripada pembelajaran mengenal huruf kaedah biasa kepada suatu kaedah yang lebih menarik. Kaedah ini mengaplikasikan Kaedah Cantuman Komponen Huruf dan Kaedah Membayangkan Huruf. Subjek kajian akan diberikan tindakan Keluarga u dan n Ajaib yang meliputi kitaran aktiviti berbentuk abstrak, visual, audio, kinestetik dan bertulis. Data kajian telah dianalisis dalam hasil kerja (ujian pra, ujian pos dan hasil kerja responden), pemerhatian tidak berstruktur dan temu bual. Hasil dapatan kajian, kesemua responden   telah   berjaya   meningkatkan   penguasaan   dalam   kemahiran   mengenal huruf kecil. d, y, g, a, q, b, p dan h iaitu peningkatan bagi ketiga-tiga responden iaitu Murid 1 (7.4% kepada 100%) , Murid 2 (11.1% kepada 100%) dan Murid 3 (7.4% peningkatan kepada 100%). Inovasi ini telah disebar luas kepada beberapa sekolah dan telah diuji keberkesanannya iaitu ke sekolah SJKC Hai Ping, Sungai Besar, Selangor dan ke SK Meru, Klang, Selangor. Melalui dapatan ini, dapat dirumuskan   bahawa   kemahiran   mengenal huruf dalam   kalangan   murid   Prasekolah dan Pemulihan   Khas dapat dikuasai sekiranya guru   mempelbagaikan kaedah, bahan dan   aktiviti   yang   bersesuaian   dengan   tahap   murid. Suatu dapatan yang dapat diperoleh juga adalah, inovasi ini bukan sahaja sesuai untuk murid Prasekolah, malah boleh disebarluaskan kepada murid Pemulihan Khas, murid Pendidikan Khas dan murid arus perdana yang juga menghadapi masalah sama iaitu masalah mengenal huruf kecil. d, y, g, a, q, b, p dan h dan membezakan huruf seakan sama iaitu b dan d serta p dan q.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *