PENGGUNAAN CARTA BLUE PINK & PINK BLUE (BP & PB) BAGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENAMBAH DENGAN MENGUMPUL SEMULA DALAM KALANGAN MURID PEMULIHAN

Cheetalakchumy Balu, Samitha Paramalingam, Kheshavarthini Kanesan, Naagullan Manimaran and Mullai Anbarasan

Kata kunci: tambah, mengumpul semula, nilai tempat, kaedah BP & PB

Abstrak: Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran murid pemulihan dalam penambahan melibatkan pengumpulan semula melalui Kaedah BP & PB. Kajian ini dijalankan ke atas enam orang murid pemulihan di sebuah sekolah di daerah Hulu Perak, Perak. Kajian ini melibatkan empat orang lelaki dan dua orang perempuan yang mempunyai tahap pencapaian yang lemah. Kaedah BP & PB merupakan satu kaedah yang melibatkan carta nilai tempat yang mengandungi kotak agihan bagi menulis hasil tambah dan seterusnya menambah nombor mengikut nilai tempatnya berdasarkan warna. Cara pengumpulan data yang digunakan adalah ujian pra dan pasca, lembaran kerja murid, pemerhatian dan temu bual. Data yang dikumpul dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif. Dapatan kajian mendapati bahawa Kaedah BP & PB mampu meningkatkan penguasaan murid dalam penambahan yang mellibatkan pengumpulan semula. Murid juga memberi respon bahawa Kaedah BP & PB merupakan satu kaedah yang mudah difahami. Kaedah ini juga dapat meningkatkan keyakinan murid untuk menjawab soalan-soalan tambah dengan mengumpul semula. Peserta penyelidikan menunjukkan perubahan positif terhadap penggunaan Kaedah BP & PB semasa menjawab soalan tambah dalam bentuk ayat matematik. Cadangan tindakan susulan bagi penyelidikan ini ialah bahan bantu mengajar iaitu carta Kaedah BP & PB dapat digunakan dalam topik tolak dan darab yang melibatkan pengumpulan semula. Kesimpulannya, penyelidikan ini memberikan motivasi kepada diri saya untuk terus melaksanakan penyelidikan dalam mencari kaedah yang sesuai untuk membantu murid pemulihan dan kemudian dapat kembali ke arus perdana sekaligus mengurangkan bilangan murid bermasalah 4M.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *